Catatan

PROSEDUR PERMOHONAN SURAT KUASA TADBIR DI UNIT PUSAKA KECIL (JKPTG)

PENDAHULUAN Apabila disebut harta pusaka kecil maka tergambarlah kepada kita bahawa ia melibatkan harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran antara harta tak alih dan harta alih yang jumlah nilainya tidak melebihi RM 2 Juta pada tarikh permohonan dibuat, seperti mana yang dinyatakan dalam subseksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Pindaan 2009. PROSEDUR Beberapa perkara yang perlu diisi dalam Borang adalah:- i. Nama si mati mengikut Kad Pengenalan atau geran. ii. Tarikh mati Si mati. iii. Taraf orang yang membuat tuntutan. iv. Senarai nama-nama waris Si Mati yang terdekat seperti suami/isteri dan anakanak. v. Nombor geran tanah. vi. Nombor harta-harta alih seperti nombor Buku Wang Simpanan Pejabat Pos. vii. KWSP. viii. Saham dan lain-lain. ix. Nama orang yang berhutang dengan si mati. x. Nama dan alamat orang yang simati ada berhutang. xi. Nama waris-waris lain yang berhak menerima pusaka seperti ibu, bapa...

PENDAFTARAN PERINTAH HIBAH

Bagaimana saya nak daftarkan Perintah itu untuk tukarnama Penerima Hibah dalam geran? Terdapat beberapa cara untuk seseorang mendaftarkan perintah hibah di mahkamah syariah di pejabat tanah khas untuk harta tak alih. 1) Pindahmilik : Proses pindahmilik melalui Borang 14A. Proses ini menggunakan Borang 14A dan perlu ditandatangani antara 2 pihak iaitu antara Pemberi/Penjual/Pentabir dengan Penerima/Pembeli. Hartanah perlu dinilaikan di Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan akan dikenakan duti setem berdasarkan harga jual beli ataupun nilai hartanah di pasaran semasa yang mana lebih tinggi. *(Pengiraan duti setem akan dibahas dalam entry yang berlainan). Contohnya; A. Jika balasan kasih sayang antara suami dan isteri, duti setem akan dikecualikan 100%. B. Jika balasan kasih sayang antara ibu bapa dan anak, duti setem akan dikenakan 50%. Pindahmilik selain itu akan dikenakan duti penuh (ad valorem). 2) Turunmilik akibat kematian : Proses ini perlu melalui proses permohonan pusaka terlebih...

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HADHANAH (JAGAAN ANAK)

Setiap enakmen negeri meletakkan syarat-syarat tertentu yang menjadi kriteria kelayakan seseorang untuk menjadi penjaga kanak-kanak. Seseorang penjaga kanak-kanak dianggap berkelayakan mendidik dan menjaga kanak-kanak jika dia: (a) adalah seorang yang beragama Islam;  (b) adalah seorang yang waras akal fikiran;  (c) adalah seorang yang pada tahap umur yang layak untuk menjaga dan memberi kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak; (d) adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik menurut  Islam; dan  (e) adalah seorang yang tinggal di tempat yang terjamin keselamatan moral dan fizikal kanak-kanak yang dijaga. Undang-undang keluarga Islam juga menentukan keadaan-keadaan yang  menyebabkan hak hadanah seseorang penjaga kanak-kanak digugurkan, iaitu:   (a) Sekiranya penjaga kanak-kanak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjaga kanak-kanak dalam keadaan itu akan menjeja...

ISTERI DIANIAYA BOLEH TUNTUT FASAKH

Imej
Kebanyakan perceraian berlaku kerana konflik dalam perkahwinan, pengabaian tanggung jawab, penderaan dan penganiayaan. Perceraian selalunya digunakan untuk menyelesaikan kemelut dalam rumah tangga. Namun begitu, perceraian adalah amat tidak  digalakkan dan merupakan langkah terakhir penyelesaian kepada konflik perkahwinan sekiranya semua langkah penyelesaian yang lain gagal. Banyak kes berlaku di Malaysia melibatkan keganasan fizikal dalam rumah tangga. Keganasan rumahtangga mencakupi beberapa elemen iaitu perbuatan sengaja meletakkan mangsa dalam ketakutan, mencederakan secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan seksual, mengurung atau menahan tanpa kerelaan dan perbuatan khianat serta merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan. Bagi isteri yang beragama Islam mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh atau pengesahan taklik di Mahkamah Syariah atas alasan penderaan fizikal ini. Tujuan pembubaran adalah untuk menghapuskan kemudaratan tersebut...

PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PERINTAH SEMENTARA MENUNGGU PROSES RAYUAN

PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PERINTAH SEMENTARA MENUNGGU PROSES RAYUAN. Merujuk kepada peruntukan undang-undang syariah, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap suatu penghakiman mahkamah sama ada keseluruhan atau sebahagian penghakiman itu boleh merayu kepada mahkamah lebih tinggi dengan memasukkan notis rayuan dalam 14 hari dari tarikh penghakiman dikeluarkan. Ini bermaksud, jika kes itu diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah, pihak tidak berpuas hati boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan jika tidak berpuas hati pada peringkat Mahkamah Tinggi Syariah, boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah di negeri di mana penghakiman dikeluarkan. AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998  dibawah Seksyen 139 (3) dan (4) memperuntukkan: (3)“Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.” (4)"Notis rayuan hendaklah difailkan dalam 14 hari dari tarikh keputusan diumumkan dan hendaklah menya...

KAHWIN PUN BOLEH MASUK PENJARA

KEMELUT rumah tangga juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bersama bekas isteri pertama bertambah rumit apabila dia didakwa melanggar undang-undang keluarga Islam. https://t.co/fM561IteDI -Harian Metro Saja la nak berkongsi, berdasarkan fakta setakat yang diketahui. Terdapat tiga (3) kesalahan jenayah syariah yang membolehkan diri dia didakwa. -poligami tanpa kebenaran mahkamah. -berkahwin di luar negara tanpa kebenaran. -lafaz cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah. Kalau poligami tu telah mendapat kebenaran mahkamah, maknanya perbuatan poligami itu tak salah disisi undang-undang. Kalau pernikahan di luar malaysia itu telah mendapat kebenaran daripada pendaftar nikah , cerai , rujuk, maka pernikahan itu tak salah disisi undang-undang. Tetapi untuk lafaz cerai di luar mahkamah, ianya tetap salah disisi undang-undang dan bole didakwa. Untuk bini baru pula, dua (2) kesalahan utama ialah bersubahat yang boleh menyebabkan diri dia didakwa di mahkamah. -bersubahat...

Tuntutan Nafkah Eddah

Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat: a. Isteri itu diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda, “Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i) Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat. b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir. Ini berdasarkan firman Allah swt: “Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga mereka melahirkan anaknya”. ( Surah At-Talaq: 6) Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal...