SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HADHANAH (JAGAAN ANAK)
Setiap enakmen negeri meletakkan syarat-syarat tertentu yang menjadi kriteria kelayakan seseorang untuk menjadi penjaga kanak-kanak.
Seseorang penjaga kanak-kanak dianggap berkelayakan mendidik dan menjaga kanak-kanak jika dia:
(a) adalah seorang yang beragama Islam;
(b) adalah seorang yang waras akal fikiran;
(c) adalah seorang yang pada tahap umur yang layak untuk menjaga dan memberi kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak;
(d) adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik menurut
Islam; dan
(e) adalah seorang yang tinggal di tempat yang terjamin keselamatan moral dan fizikal kanak-kanak yang dijaga.
Undang-undang keluarga Islam juga menentukan keadaan-keadaan yang
menyebabkan hak hadanah seseorang penjaga kanak-kanak digugurkan, iaitu:
(a) Sekiranya penjaga kanak-kanak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjaga kanak-kanak dalam keadaan itu akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak.
Hak ini hanya akan dikembalikan apabila perkahwinan tersebut dibubarkan;
(b) Jika penjaga kanak-kanak berakhlak buruk secara keterlaluan dan terbuka;
(c) Jika penjaga kanak-kanak menukar mastautin dengan niat menghalang bapa
kepada kanak-kanak melakukan pengawasan ke atas kanak-kanak, tetapi jika perempuan tersebut adalah ibu yang diceraikan dia boleh membawa anaknya ke tempat lahirnya yang asal;
(d) Jika penjaga kanak-kanak telah murtad meninggalkan agama Islam; dan
(e) Jikapenjaga kanak-kanak menganiayai dan mengabaikan kanak-kanak.
Oleh itu, penjaga kanak-kanak perlu menitikberatkan penjagaan, pengawasan dan pengasuhan sama ada dari segi fizikal, jiwa dan akal bertujuan menjaga maslahah kanak-kanak yang tidak mampu menjaga diri sendiri supaya dapat membesar dalam keadaan sempurna.
Ulasan
Catat Ulasan