KETERANGAN DENGAR CAKAP
Memberi keterangan semasa proses perbicaraan adalah sangat penting agar tidak memakan diri sendiri. Ini juga jelas menunjukkan peri pentingnya seseorang itu membawa bukti dalam pelbagai bentuk keterangan yang ada bagi mengukuhkan dakwaannya seterusnya memudahkan hakim bicara untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
Keterangan dengar cakap bermaksud Kesaksian atas kesaksian bermakna saksi yang hadir ke mahkamah bukan saksi yang mendapat maklumat itu secara langsung tetapi diperolehi melalui saksi asal yang sebenarnya menyaksikan apa yang berlaku. Pada prinsipnya kesaksian jenis ini tidak diterima kerana tidak wujud keterangan langsung.
Walaupun secara asasnya keterangan dengar cakap tidak diterima langsung di mahkamah tetapi jika ia berkaitan dengan fakta yang diakui dan disokong oleh undang-undang berkaitan ianya masih boleh diterima di mahkamah yang mengatakan sesuatu pengakuan itu adalah suatu keterangan yang terbaik walaupun ia mengandungi kenyataan yang melepaskan diri (exculpatory statement).
Terdapat 3 Syarat penerimaan kesaksian jenis ini seperti berikut:
1. Seorang saksi asal perlu digantikan oleh dua orang saksi lelaki. Oleh itu jika saksi asalnya dua orang lelaki, maka saksi gantinya adalah empat orang lelaki. Al-Imam al-Syafi‘i walaupun mengharuskan al-syahadah ‘ala al-syahadah, tetap menolak kesaksian ganti daripada kalangan wanita meskipun terdapat saksi wanita di kalangan saksi asal.
2. Saksi asal tidak berkeupayaan memberikan kesaksian di majlis penghakiman dengan sebab sakit, mati, menjadi buta atau berada pada jarak yang jauh.
3. Nama saksi asal mesti dijelaskan dalam memberi keterangan.
tqvm peguam pakai songkok
BalasPadambetul tu
Padamstudy last minute ke?
Padam