KAHWIN PUN BOLEH MASUK PENJARA
KEMELUT rumah tangga juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bersama bekas isteri pertama bertambah rumit apabila dia didakwa melanggar undang-undang keluarga Islam. https://t.co/fM561IteDI
-Harian Metro
Saja la nak berkongsi, berdasarkan fakta setakat yang diketahui.
Terdapat tiga (3) kesalahan jenayah syariah yang membolehkan diri dia didakwa.
-poligami tanpa kebenaran mahkamah.
-berkahwin di luar negara tanpa kebenaran.
-lafaz cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah.
Kalau poligami tu telah mendapat kebenaran mahkamah, maknanya perbuatan poligami itu tak salah disisi undang-undang.
Kalau pernikahan di luar malaysia itu telah mendapat kebenaran daripada pendaftar nikah , cerai , rujuk, maka pernikahan itu tak salah disisi undang-undang.
Tetapi untuk lafaz cerai di luar mahkamah, ianya tetap salah disisi undang-undang dan bole didakwa.
Untuk bini baru pula, dua (2) kesalahan utama ialah bersubahat yang boleh menyebabkan diri dia didakwa di mahkamah.
-bersubahat atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.
-bersubahat atas kesalahan kahwin luar negara tanpa kebenaran.
Kesimpulannya, ikutlah prosedur undang-undang negara kita. Ianya tidak menyusahkan dan menjaga kepentingan serta kebajikan pihak-pihak yang terlibat.
Ulasan
Catat Ulasan