Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Penentuan Kadar Muta’ah di Mahkamah Syariah

PENDAHULUAN Mut'ah adalah salah satu daripada hak-hak yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut. Ia adalah satu anugerah Allah s.w.t dan lambang keperihatinan Islam terhadap nasib kaum wanita. Suami tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan terhadap isteri-isterinya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sama ada semasa perkahwinan mahupun selepas berlakunya perceraian. Dalam sudut pandangan Islam, ia adalah sangat penting kepada hakim-hakim untuk menentukan jumlah muta'ah untuk isteri. Dari sudut Syarak muta’ah bermakna pemberian yang wajib kepada isteri selepas perceraian di bawah terma dan syarat-syarat tertentu. Menurut definisi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, muta’ah merujuk kepada bayaran pemberian yang diberikan kepada isteri yang diceraikan mengikut hukum syarak. Walaubagaimanapun, muta'ah menjadi tidak wajib jika perceraian ...

Proses untuk mendapatkan kerakyatan di malaysia

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan kerakyatan di negara Malaysia. Berikut adalah syarat-syarat yang wajid dipenuhi oleh seseorang individu untuk memohon sebagai warganegara malaysia. 1. Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan. 2. Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan. 3. Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan dikemukakan. 4. Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya. 5. Pemohon berkelakuan baik. 6. Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai. 7. Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara berumur 21 tahun ke atas, tiada talian persaudaraan, bukan orang yang diupah atau peguambela atau peguamcara dengan pemohon. 8. Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang ...

NAFKAH ISTERI NUSYUZ

Nusyuz boleh berlaku melalui dua cara iaitu melalui perkataan dan perbuatan. Nusyuz melalui perkataan boleh berlaku sekiranya seorang isteri itu menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami seperti menghina suami. manakala Nusyuz perbuatan pula berlaku apabila pihak isteri menunjukkan sikap kasar yang keterlaluan dan tidak menunjukkan penghormatan kepada pihak suami dan lebih malang ialah isteri menjalinkan kelakuan curang dengan lelaki ataup un perempuan lain. Seksyen 60 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005 (NEGERI PAHANG) dalam Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz (2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain;- (a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; (b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau (c) a...

KETERANGAN DENGAR CAKAP

Memberi keterangan semasa proses perbicaraan adalah sangat penting agar tidak memakan diri sendiri. Ini juga jelas menunjukkan peri pentingnya seseorang itu membawa bukti dalam pelbagai bentuk keterangan yang ada bagi mengukuhkan dakwaannya seterusnya memudahkan hakim bicara untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Keterangan dengar cakap bermaksud Kesaksian atas kesaksian bermakna saksi yang hadir ke mahkamah bukan saksi yang mendapat maklumat itu sec ara langsung tetapi diperolehi melalui saksi asal yang sebenarnya menyaksikan apa yang berlaku. Pada prinsipnya kesaksian jenis ini tidak diterima kerana tidak wujud keterangan langsung. Walaupun secara asasnya keterangan dengar cakap tidak diterima langsung di mahkamah tetapi jika ia berkaitan dengan fakta yang diakui dan disokong oleh undang-undang berkaitan ianya masih boleh diterima di mahkamah yang mengatakan sesuatu pengakuan itu adalah suatu keterangan yang terbaik walaupun ia mengandungi kenyataan yang melepaskan diri (excu...

POLIGAMI : PROSEDUR DAN UNDANG-UNDANG DI MAHKAMAH SYARIAH

“ Hai senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia, ana yang empunya..” - P.Ramlee dalam Madu 3 Dalam Islam poligami merupakan perkara yang diharuskan jika syarat-syarat tertentu dipenuhi. Perkara ini di sokong dengan dalil yang telah dinyatakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Nisaa ayat 3 bermaksud: ``Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan, dua, tiga atau empa t. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah dengan seorang saja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman. ’’ Terdapat beberapa syarat yang diambil kira oleh mahkamah sebelum kebenaran poligami diberikan. Antaranya ialah; A. Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada, hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tid...