Proses untuk mendapatkan kerakyatan di malaysia

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan kerakyatan di negara Malaysia. Berikut adalah syarat-syarat yang wajid dipenuhi oleh seseorang individu untuk memohon sebagai warganegara malaysia.
1. Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
2. Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
3. Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan dikemukakan.
4. Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
5. Pemohon berkelakuan baik.
6. Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
7. Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara berumur 21 tahun ke atas, tiada talian persaudaraan, bukan orang yang diupah atau peguambela atau peguamcara dengan pemohon.
8. Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
Walaupun seseorang individu itu lahir di Malaysia dan dalam masa yang sama ibu dan ayah individu tersebut bukan warganegara malaysia, ianya bukanlah "tiket automatik" bagi seseorang individu untuk bergelar warganegara malaysia.
Permohonan untuk menjadi warganegara haruslah menepati syarat-syarat diatas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penentuan Kadar Muta’ah di Mahkamah Syariah

PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PERINTAH SEMENTARA MENUNGGU PROSES RAYUAN

KETERANGAN DENGAR CAKAP