PENGESAHAN LAFAZ CERAI DI LUAR MAHKAMAH
Apabila sesuatu perhubungan perkahwinan bubar dengan satu lafaz talak, kedua-dua pasangan perlu merujuk kepada hukum yang ada bagi memastikan status perhubungan itu sah di sisi syarak atau sebaliknya. Ia penting agar kesahihan status nasab dapat disahkan bukan sahaja mengikut undang-undang di mahkamah tetapi mengikut kesahan undang-undang Allah SWT. Hari ini banyak pasangan yang bercerai di luar mahkamah tidak merujuk kepada mahkamah untuk mengesahkan perceraian mereka secara undang-undang. Begitu juga dengan lafaz rujuk yang dilakukan, walhal di sisi undang-undang, ia perlu ada saksi untuk membolehkan mereka kembali bersama sebagai suami isteri. Adalah amat penting untuk seorang suami atau isteri untuk mengambil langkah berhati-hati dengan membuat permohonan pengesahan cerai di Mahkamah, sekiranya berlaku sesuatu lafaz yang diucapkan oleh suami, baik berbentuk ucapan di mulut, atau secara tulisan, atau di hadapan orang lain, atau pengakuan suami bahawa dia seorang bujang/dud...