SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HADHANAH (JAGAAN ANAK)
Setiap enakmen negeri meletakkan syarat-syarat tertentu yang menjadi kriteria kelayakan seseorang untuk menjadi penjaga kanak-kanak. Seseorang penjaga kanak-kanak dianggap berkelayakan mendidik dan menjaga kanak-kanak jika dia: (a) adalah seorang yang beragama Islam; (b) adalah seorang yang waras akal fikiran; (c) adalah seorang yang pada tahap umur yang layak untuk menjaga dan memberi kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak; (d) adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik menurut Islam; dan (e) adalah seorang yang tinggal di tempat yang terjamin keselamatan moral dan fizikal kanak-kanak yang dijaga. Undang-undang keluarga Islam juga menentukan keadaan-keadaan yang menyebabkan hak hadanah seseorang penjaga kanak-kanak digugurkan, iaitu: (a) Sekiranya penjaga kanak-kanak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak ada hubungan kekeluargaan yang dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjaga kanak-kanak dalam keadaan itu akan menjeja...