Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

ISTERI DIANIAYA BOLEH TUNTUT FASAKH

Imej
Kebanyakan perceraian berlaku kerana konflik dalam perkahwinan, pengabaian tanggung jawab, penderaan dan penganiayaan. Perceraian selalunya digunakan untuk menyelesaikan kemelut dalam rumah tangga. Namun begitu, perceraian adalah amat tidak  digalakkan dan merupakan langkah terakhir penyelesaian kepada konflik perkahwinan sekiranya semua langkah penyelesaian yang lain gagal. Banyak kes berlaku di Malaysia melibatkan keganasan fizikal dalam rumah tangga. Keganasan rumahtangga mencakupi beberapa elemen iaitu perbuatan sengaja meletakkan mangsa dalam ketakutan, mencederakan secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan seksual, mengurung atau menahan tanpa kerelaan dan perbuatan khianat serta merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan. Bagi isteri yang beragama Islam mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh atau pengesahan taklik di Mahkamah Syariah atas alasan penderaan fizikal ini. Tujuan pembubaran adalah untuk menghapuskan kemudaratan tersebut...