Penafian Nasab Anak (Sumpah Li'an)
Perkataan li‟an berasal daripada kalimah arab iaitu al-la‟nu yang bermaksud jauh atau laknat. Dalam erti yang lain, li‟an juga bermaksud jauh daripada rahmat Allah. Hal ini demikian kerana suami dan isteri yang saling berli‟an akan menyebabkan mereka terpisah untuk selama-lamanya dan diharamkan kembali sebagai pasangan suami isteri. Secara terminologi, li‟an merupakan suatu ucapan sumpah yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya dengan lima kali sumpah dan pada sumpah yang terakhir si suami mengucapkan sumpah yang diikuti dengan laknat Allah ke atasnya sekiranya dia berdusta. Dari segi istilah pula, li‟an ialah sumpah laknat kerana berlakunya tuduhan qazaf oleh suami terhadap isterinya, sama ada untuk menafikan nasab anak yang dikandung oleh isteri ataupun menuduh isterinya melakukan zina. Rukun-rukun Li’an Menurut jumhur fuqaha‟ selain Hanafi, rukun li‟an terbahagi kepada empat bahagian iaitu: i. Pihak yang meli...