Bapa wajib bayar nafkah anak
Apabila berlaku perceraian, sudah pastinya akan memberikan kesan bukan sahaja kepada pasangan suami isteri yang bercerai malahan kepada anak-anak dan masyarakat sekeliling. Kebiasaannya, perceraian lebih memberi kesan kepada wanita kerana hilang tempat untuk bergantung dalam meneruskan hidup. Malah, apa yang menyedihkan adalah anak-anak juga menjadi korban perceraian kedua ibu bapa mereka. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak, seharusnya seseorang bapa perlu menanggung nafkah anak-anak walaupun telah berlaku perceraian. Cara menuntut nafkah anak * Memfailkan saman dan penyata tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Sekiranya sudah dipastikan Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa mendengar permohonan puan, puan perlu memfailkan Saman dan Penyata Tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah itu. Lazimnya, mahkamah akan menyediakan borang 'standard' sebagai panduan. Ataupun bolehlah mengisi atau menaip semula maklumat yang diperlukan dan memastikan alamat bekas ...