Hibah Rumah Bercagar
Hibah secara umumnya bermaksud akad pemberian milik sesuatu harta oleh pemilik harta semasa hidupnya secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan . Dalam bahasa lain, ia membawa maksud hadiah yang diberikan atas dasar kasih sayang . Antara syarat yang wajib dipenuhi ialah harta yang hendak dihibahkan mestilah dimiliki sepenuhnya ( pemilikan sempurna ) oleh pemberi. Untuk rumah yang masih dalam pinjaman dengan bank, secara teknikalnya bank adalah pemilik bersama rumah anda. Maka atas dasar ini, rumah yang masih bercagar TIDAK BOLEH DIHIBAH . Namun ia menimbulkan isu serius dalam konteks masyarakat kita. Majoriti rakyat Malaysia membeli rumah dengan pinjaman bank untuk satu tempoh pinjaman yang panjang dan berakhir pada umur pencen. Syarat ‘pemilikan sempurna’ sudah tentu akan menghalang mereka untuk Hibah rumah kesayangan, dan seterusnya tidak menjadi penyelesaian kepada masalah yang ada. Ada kah solusi yang praktikal untuk menyelesaikan isu...