Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Hak wanita selepas bercerai

HAK HAK WANITA SELEPAS BERCERAI Isteri bila ditinggalkan dia boleh tuntut 6 HAK demi menjaga kebajikan dia dan anak-anak. 1) Mahar Yang Belum Dijelaskan Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan. kalau dirujuk didalam undang-undang syariah di malaysia perkara ini termaktub dibawah seksyen 59 enakmen keluarga islam. jelas disini isteri berhak menuntut mahar yang tertunggak 2) Nafkah Iddah nafkah iddah adalah nafkah yang boleh dituntut oleh bekas isteri selepas bercerai semasa dalam tempoh beriddah. contohnya selama tiga bulan bekas suami harus menyediakan tempat tinggal dan makan minum pada bekas isteri. 3)Tunggakan nafkah Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah maka...

SAMAN FITNAH

Apa itu fitnah? K.Kuldeep Singh di dalam buku Tort of Defamation menyatakan bahawa untuk memberikan suatu definasi yang tepat tentang fitnah adalah suatu yang sukar kerana persepsi masyarakat tentang fitnah boleh berubah mengikut perkembangan zaman. Sesuatu yang merupakan fitnah seratus tahun dahulu, kemungkinan tidak lagi dianggap fitnah pada masa sekarang. Secara ringkasnya, suatu fitnah adalah apabila sesuatu pihak mengeluarkan sesuatu penyataan terhadap pihak ketiga dimana kesahihan penyataan tersebut tidak dapat dipertahankan. Yang Arif Hakim Mohamed Azmi menyatakan bahawa: “The typical type of defamation is an attack upon the moral character of the plaintiff attributing crime, dishonesty, untruthfulness, ingratitude or cruelty”. Madam Justice Abella telah memberikan suatu definasi yang comprehensive berkenaan dengan fitnah seperti berikut: "A defamatory statement is one which has a tendency to injure the reputation of the person to whom it refers (whi...